SATAR



Satar.. satu nama yang unik. Itulah makanan popular rakyat Terengganu yang boleh dikatakan semua daerah di Terengganu menjadikan satar sebagai makanan popular. Satar merupakan makanan yang amat menyelerakan dimana isi ikan segar tanpa tulang tadi akan direndam dalam rempah-rempah, dibungkus dengan daun pisang dan dipanggang di atas nyalaan api arang kayu. Ianya digemari sebagai hidangan pembuka selera yang mempunyai kandungan protein yang tinggi dan sememangnya lazat untuk dijadikan sebagai hidangan siang atau malam.
 

Keindahan@Terengganu Copyright © 2009 Keindahan Terengganu is Designed by Widget Islamic