Selamat Datang Ke Terengganu

Terengganu yang kaya dengan budaya warisan dan keindahan alam semulajadi sentiasa menanti kunjungan pelancong-pelancong..selamat datang semua..
Baca lagi

BUKIT PUTERI



Bukit Puteri kaya dengan catatan sejarah dan lagenda sehingga menjadi antara daya tarikan pelancong ke negeri ini. Bukit Puteri merupakan satu tempat yang penuh bersejarah kerana pernah menjadi kubu dan rebutan semasa Perang Saudara semasa zaman pergolakan Kesultanan Terengganu antara tahun 1931 hingga 1939. Antara peninggalan sejarah yang masih jelas dapat dilihat di Bukit Puteri ini antaranya singgahsana sementara, tempat simpanan bedil dan meriam, genta (loceng besar), meriam beranak, tiang bendera dan rumah api. "Malah pelancong juga dapat melihat sendiri kubu pertahanan yang dibina dengan menggunakan pasir, putih telur, kapur, kulit kerang dan madu lebah, masih lagi kukuh walaupun telah berusia hampir sedekad yang lalu.

Bukit Puteri, seluas 0.688hektar itu, terletak dalam kawasan bandar Kuala Terengganu dan berhampiran dengan muara sungai Terengganu dengan ketinggian lebih kurang 200 meter dari aras laut. Tidak sukar untuk anda ke lokasi ini, kerana ianya terletak berhampiran dengan bangunan bersejarah Istana Maziah dan Masjid Abidin selain berdekatan Pasar Payang. Pengunjung dapat melihat keindahan Bandaraya Kuala Terengganu dari atas bukit ini dan sememangnya menggamit pemandangan bagi yang pertama kali melihatnya.
Baca lagi

HUTAN LIPUR RANTAU ABANG



Hutan Lipur Rantau Abang terletak di Hutan Simpan Jambu Bongkok, Daerah Marang, 65 km dari Bandar Kuala Terengganu. Ia merupakan jenis Hutan Pamah Tamah Bris. Jenis hutan ini banyak ditumbuhi oleh spesies yang terdiri Balau Pasir. Hutan Lipur ini istimewa kerana ianya juga berhampiran dengan pantai Rantau Abang tempat penyu bertelur.
Beberapa kemudahan disediakan seperti chalet, tapak perkhemahan, jambatan gantung, pondok informasi dan lorong pejalan kaki .

Pelbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah, trekking dan jogging. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini melalui denai dalam kawasan arboretum. Untuk sampai ke sini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Dungun.
Baca lagi

HUTAN LIPUR AIR MENDERU



Hutan Lipur Air Menderu terletak 10 km dari Pekan Kerteh dan 120 km dari Bandar Kuala Terengganu.

Hutan Lipur Air Menderu juga terletak di Hutan Simpan Rasau Kerteh yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Kawasan hutan lipur ini terdapat pelbagai flora dan fauna serta dapat dilihat melalui denai hutan di sini. Pelbagai kemudahan disediakan untuk pengunjung seperti pondok rehat, tandas awam, lorong pejalan kaki,bekalan air dan tapak perkhemahan.

Pelbagai aktiviti boleh dijalankan disini mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar dan melihat hidupan liar melalui denai hutan yang disediakan. Untuk sampai ke sini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri aatau teksi dari Pekan Kerteh.
Baca lagi

HUTAN LIPUR SUNGAI CHEMERONG



Hutan Lipur Sungai Chemerong terletak 30 km dari Bandar Al-Muktafibillah Shah dan 100 km dari Kuala Terengganu. Ianya berada dalam Hutan Simpan Pasir Raja, Daerah Dungun yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Pelbagai flora dan fauna terdapat di sini dan hutan lipur ini kaya dengan spesies meranti dan keruing. Keunikan hutan lipur ini ialah terdapatnya air terjun setinggi 305 m yang merupakan yang tertinggi sekali di negara ini.

Beberapa kemudahan seperti wakaf, menara pandang dan beberapa kemudahan rekreasi serta kedai cenderahati terdapat di kawasan hutan lipur ini. Selain daripada berehat pengunjung boleh melakukan aktiviti seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking. Hutan lipur Sungai Chemerong sangat sesuai bagi mereka yang ingin mencari ketengan dan keluar dari hiruk pikuk kesibukan kota.
Baca lagi

PANTAI BATU RAKIT



Pantai Batu Rakit terletak 30km dari Kuala Terengganu dan 15km dari pantai Merang di Daerah Setiu. Pantai Batu Rakit yang menghadap Laut Cina Selatan merupakan sebuah pantai yang dihiasi dengan perkampungan nelayan dan tidak hairanlah disepanjang pantainya dihiasi dengan bot-bot nelayan dan aktiviti yang berkaitan dengan laut. Anda juga dapat merasai sendiri keropok lekor, satar dan otak-otak di Pantai Batu Rakit yang sememangnya berbeza rasanya dengan tempat-tempat lain dan sangat rugi jika tidak dibawa pulang sebagai ole-ole.
Baca lagi

HUTAN LIPUR RASAU KERTEH



Terletak 16 km dari Pekan Kerteh melalui Jalanraya Kerteh-Dungun, 115 km dari Bandar Kuala Terengganu. Hutan Lipur Rasau Kerteh terletak dalam Hutan Simpan Rasau Kerteh, Daerah Kemaman yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah dan kaya dengan pokok-pokok dari spesies seperti meranti dan keruing. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar dan melihat hidupan liar melalui denai hutan yang disediakan.Pelbagai kemudahan di sediakan untuk kegunaan pengunjung seperti pondok rehat dan denai hutan.

Beberapa kemudahan disediakan seperti chalet, tapak perkhemahan, jambatan gantung, pondok informasi dan lorong pejalan kaki.jika ke Kemaman jangan lupa ke Hutan Lipur Rasau Kerteh.Banyak aktiviti yang boleh dilakukan antaranya ialah bersiar,berenang,tracking,berkelah dan berkhemah.

Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Dungun untuk datang ke sini.Rasailah kedinginan air terjunnya dan kecantikan alam semulajadinya.
Untuk sampai ke sini.
Baca lagi
 



Keindahan@Terengganu Copyright © 2009 Keindahan Terengganu is Designed by Widget Islamic