PANTAI KIJAL



Pantai Kijal terletak di Kijal dalam Daerah Kemaman. Merupakan sebuah pantai yang lanskapnya berlatar belakang perkampungan nelayan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan laut. Pantai Kijal merupakan pantai yang landai dan terdapat batuan-batuan dan menyerlahkan lagi keindahan pantai tersebut. Lambaian pepohon kelapa sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda untuk ke Pantai Kijal. Di sini anda boleh merasai kelainan keropok lekor, satar, dan makanan tradisi lain yang terdapat di daerah kijal.

Jom pakat-pakat kita ke Pantai Kijal.
 



Keindahan@Terengganu Copyright © 2009 Keindahan Terengganu is Designed by Widget Islamic