LEMANG KIJAL



Kalau kita melalui jalan Kuantan-K.Terengganu, tidak sah sekiranya kalau kita tidak membeli lemang kijal yang banyak dijual di tepi jalan utama tersebut.Di kejauhan sudah ternampak kepulan asap yang menyelubungi tepian jalan. Itulah penangan lemang kijal yang rasanya berlainan dengan lemang biasa kita makan.
Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. DI Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi. [1]
Lemang di pantai timur biasanya dimakan bersama dengan ikan bakar, tetapi di pantai barat, ia sering dihidangkan bersama rendang atau serunding.
Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia.
Kalau pergi ke Kijal jangan lupa beli lemang kijal:-).
 



Keindahan@Terengganu Copyright © 2009 Keindahan Terengganu is Designed by Widget Islamic