TASIK KENYIR



Tasik Kenyir, tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Terenggara sememangnya menggamit pengunjung yang datang untuk melihat keindahannya. Dengan keluasan 260,000 hektar, tasik buatan manusia ini merupakan antara tasik yang tecantik di malaysia yang mempunyai hampir 400 buah pulau dengan pelbagai bentuk dan habitat baru.

Tasik Kenyir mempunyai pakej lengkap dalam agro pelancongan, sesuai bagi mereka yang inginkan kepuasan dan minat memancing, snorkeling, junggle tracking dan sebagainya.
Kawasan hutan hujan yang meliputi tempat ini juga mempunyai pelbagai spesies flora dan fauna. Ini termasuk koleksi paku-pakis liar, bunga orkid eksotik, burung kenyalang, gajah dan harimau bintang.
Ia turut menempatkan lebih 8,000 spesies bunga, 2,500 spesies tumbuhan, 800 spesies orkid dan 300 spesies kulat.
Ini adalah kawasan percutian popular bagi pengunjung yang ingin dikelilingi kawasan hutan yang indah. Ia juga menjadi tempat kegemaran pemancing kerana menempatkan pelbagai spesies ikan sungai seperti Baung, Toman, Kelisa, Lampan dan Kelah.
Kawasan tasik ini juga popular untuk aktiviti kayak, naik bot, trek hutan, memandu kenderaan pacuan 4 roda dan bermain golf.
Tasik Kenyir juga pintu masuk ke Taman Negara melalui laluan Tanjung Mentong.
Jika melancong ke Terengganu tidak sah sekiranya tidak pergi ke Tasik kenyir.
 



Keindahan@Terengganu Copyright © 2009 Keindahan Terengganu is Designed by Widget Islamic