PANTAI BATU BURUK



Pantai Batu Burok merupakan sebuah lagi tempat rekreasi dan riadah yang paling hampir dengan pusat bandaraya. Jarak 1-2 Km dari pusat bandar menjadikan pantai ini tumpuan pengunjung. Pantai yang dijaga bersih merupakan antara pantai paling terkenal di Terengganu. Kedudukan yang strategik yang hampir dengan bandar membolehkan ia dikunjungi oleh bukan sahaja pengunjung dari luar malahan penduduk tempatan.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah, beriadah seperti bermain bola sepak pantai, berkuda, berjoging. Di sini juga terdapat gerai menjual layang-layang untuk pengunjung yang ingin bermain kerana didorong oleh kawasan pantai ini yang sentiasa berangin. Harga untuk layang-layang ini adalah antara RM8-15 bergantung kepada saiz dan coraknya.
Pengunjung yang ingin merasa makanan laut bercelup tepung dan keropok lekorboleh mendapatkannya di gerai-gerai yang terdapat di sepanjang pantai ini dengan harga yang berpatutan dan pilihan yang pelbagai. Selain itu di kawasan ini juga terdapat 2 restoran makanan segera iaitu KFC dan A&W yang beroperasi sejak sekian lama. Terdapat sebuah dataran di pantai ini yang mana tempat dilangsungkan aktiviti seperti Pameran, Expo, Jualan dan Karnival. |Klik Batu Burok&Dodge Ball|

Perjalanan ke sini boleh menggunakan Teksi dengan bayaran antara RM5-10 dan bas dari pusat bandar. Bagi mereka yang mempunyai kendaraan sendiri luangkan masa anda menghirup udara nyaman dan pemandangan indah di Pantai Batu Burok.
 

Keindahan@Terengganu Copyright © 2009 Keindahan Terengganu is Designed by Widget Islamic