PULAU REDANG




Pulau Redang, terletak 45km dari Kuala Terengganu, merupakan sebuah kepulauan indah yang mempunyai pulau-pulau kecil di sekitarnya. Pulau Redang merupakan sebuah produk pelancongan yang sangat berharga buat Negeri Terengganu kerana keindahan terumbu karangnya.

Di sekitar Pulau Redang terdapat beberapa pulau kecil antaranya Pulau Lima, Pulau Paku Besar, Pulau Paku Kecil, Pulau Kerengga Besar, Pulau Kerengga Kecil, Pulau Ekor Tebu, Pulau Ling dan Pulau Pinang. Pulau Redang berkeluasan 7km panjang dan 6km lebar dan merupakan pulau terbesar berbanding pulau disekitarnya.

Pulau Redang mempunyai pantai yang memutih dan memanjang, memukau pandangan sesiapa saja yang melihatnya. Ini belum dikira lagi dengan keindahan karangan lautnya dan tidak hairanlah jika Pulau Redang termasuk dalam kategori antara pulau-pulau yang tercantik di dunia.
 



Keindahan@Terengganu Copyright © 2009 Keindahan Terengganu is Designed by Widget Islamic