PASAR KEDAI PAYANG



Pasar Kedai Payang merupakan satu nama yang sangat popular dan merupakan identiti bagi Negeri Terengganu. Jika menyebut nama Terengganu sudah pasti akan terlintas di fikiran pelawat tentang keunikan Pasar Payang. Tidak sah sekiranya kalau melancong ke Terengganu jika tidak singgah di Pasar Kedai Payang.
Pasar Kedai Payang terletak di bandar Kuala Terengganu, Terengganu. Pasar Payang mengadap Laut China Selatan. Bangunan pasar ini dua tingkat terbahagi kepada dua jenis barang utama. Bahagian bawah menjual barangan dapur, barangan basah, barangan kering dan buah-buahan. Sementara tingkat atas menjual kraftangan,pakaian terutama batik Terengganu dan songket tenunan Melayu.
Bazar Warisan pula terletak di sebelah pasar payang ini. Kompleks Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan premis perniagaan yang berdekatan menyebabkan persekitarannya sesak terutama pada hari Sabtu dan Ahad.
 



Keindahan@Terengganu Copyright © 2009 Keindahan Terengganu is Designed by Widget Islamic