HUTAN LIPUR SEKAYU



Hutan Lipur Sekayu terletak di kawasan hutan simpan Hulu Terengganu. Ia terletak di Kawasan Daerah Hulu Terengganu yang mana 60KM dari bandar Kuala Terengganu. Tarikan di sini ialah air terjun dan kawasan yang sesuai untuk berkelah dan bersantai. Airnya yang jernih tentu sekali mengamit perasaan pengunjung untuk mengunjunginya.
Selain dari itu juga terdapat kebun pokok pokok herba daripada beratus jenis pokok herba disajikan kepada penonton untuk mengunjunginya. Taman herba ini diserikan lagi dengan kolam ikan yang menarik. Persekitaran yang menenangkan di Sekayu ini amat berguna bagi mereka yang ingin melepaskan penat berkerja dan bercuti bersama keluarga. Ia pasti meninggalkan kenangan indah di sanubari pengunjung yang berkunjung ke sini.
Mereka yang ingin menetap atau lebih tepat bermalam di Sekayu ini, pihak Pengurusan Sekayu ada menyediakan kemudahan penginapan dengan sewa yang amat berpatutan dengan kemudahan lengkap disediakan. Semestinya mereka yang inginkan ketengangan tidak akan melepaskan peluang di sini.
 

Keindahan@Terengganu Copyright © 2009 Keindahan Terengganu is Designed by Widget Islamic