MUZIUM LOSONG



Muzium Losong terletak 2 Kilometer dari Pusat Bandaraya Kuala Terengganu. Merupakan muzium yang terbesar di Asia Tenggara, muzium ini semestinya menjanjikan seribu pengalaman baru kepada pengunjungnya. Muzium ini menempatkan empat blok utama selain mempunyai muzium maritim dan lima buah rumah tradisional.

Di sini muzium terbahagi kepada 3 jenis iaitu muzium Utama , muzium Maritim, muzium Perikanan, empat rumah tradisional, dan taman botani serta taman ulam. Selain itu terdapat pengunjung berpeluang menaiki replika bot di sini. Bot yang diberi nama Selah adalah antara 2 buah bot yang dipamerkan kepada pengunjung. Di bahagian belakang muzium ini terdapat kawasan yang memelihara haiwan-haiwan seperti burung yang menjadikannya seolah-olah mini zoo dikelilingi pokok-pokok menghijau.

Terdapat gerai jualan cenderamata bagi mereka yang ingin mendapatkannya sebelum pintu keluar muzium. Antara barangan cenderamata yang ada dijual ialah seperti baju dan barangan kraftangan. Dapatkan barangan ini sebelum anda keluar dari muzium ini.
 



Keindahan@Terengganu Copyright © 2009 Keindahan Terengganu is Designed by Widget Islamic