KEROPOK LEKOR DI LOSONG
Keropok lekor merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal.Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam.Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji.Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali,sebelum direbus didalam air panas.
Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.
Keropok lekor boleh dimakan segar sabaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas.Pada masa ini,pembuatan keropok lekor telah pun tersohor kebeberapa negeri lain.
Selain daripada dimakan segar,keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup.Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng,tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng.
Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili.
Antara keropok lekor yang popular di Terengganu ialah di Losong,Seberang Takir, Mengabang Telipot dan daerah-daerah lain.Keropok lekor merupakan trademark kepada negeri Terengganu. Jika seseorang yang berkunjung ke Terengganu,tidak sah sekirannya tidak membawa balik keropok lekor sebagai ole-ole untuk di bawa pulang. Begitulah hebatnya penangan keropok lekor Terengganu.