KAMPUNG NELAYAN DI MARANG
Perkampungan nelayan di tepi sungai Marang adalah satu panorama unik. Ini kerana anda boleh lihat suasana semulajadi dengan kehidupan dan alam yang begitu tenang dan mengasyikan. Anda boleh melihat sendiri sosio budaya masyarakat nelayan yang sememangnya dapat menambah pengetahuan anda. Anda boleh mengetahui cara-cara menangkap ikan, menjahit pukat, membuat bubu, membaiki bot sehinggalah kepada cara-cara memproses ikan, pengredan dan sebagainya.