HUTAN LIPUR LATA PAYONG
Terletak 25 km dari Pekan Seri Langkap melalui Jalanraya Pekan Seri Langkap-Lata Payung, 65 km dari Bandar Kuala Terengganu, sedia menerima kunjungan anda.
Hutan Lipur Lata Payung terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu, Daerah Besut yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit serta Hutan Konifer di Kemuncak Gunung Tebu. Pelbagai jenis spesies flora dan fauna yang jarang kita lihat sebelum ini terdapat disini. Bagi pengunjung yang inginkan aktiviti mencabar, satu denai hutan disediakan menuju ke puncak Gunung Tebu sesuai untuk memulakan pendakian dari sini.
Pengunjung boleh menjalankan aktiviti seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar dan melihat hidupan liar melalui denai hutan yang disediakan.
Untuk datang ke sini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Seri Langkap.