PULAU DUYUNG



Pulau Duyong merupakan sebuah pulau di muara Sungai Terengganu yang teletak di Daerah Kuala Terengganu. Dahulunya, ia terbahagi kepada Pulau Duyong Besar dan Pulau Duyong Kecil, tetapi pemendapan dan longgokan pasir telah menyatukannya dan juga merubah garis pantainya. Pulau Duyung telah diasaskan oleh seorang ulama' terkenal iaitu Tok Sheikh Duyung. Nama sebenar Tok Syeikh Duyung ialah Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Muhamad Amin merupakan seorang ulama' yang mendapat pendidikan di dalam bidang Tasawuf, Hadith, Fiqh dan Usuluddin di Mekah.

Ketokohan beliau juga menyebabkan negeri Terengganu terkenal di seluruh Nusantara pada masa itu dan Pulau Duyung di gelar 'Lidah Negeri Terengganu'. Kerana pada masa itu Tok Syeikh Duyung merupakan tempat segala pertanyaan terakhir mengenai Hukum Syarak terutama mengenai Perundangan Islam.

Terdapat banyak lagi kesan-kesan sejarah yang terdapat di Pulau Duyung. Anda boleh datang sendiri melihat kesan sejarahnya dan sambil menikmati keindahan pantai dan pulau, makanan dan industri pembuatan kapal yang terdapat di Pulau Duyung.

Pulau Duyung...peninggalan yang sangat berharga.
 



Keindahan@Terengganu Copyright © 2009 Keindahan Terengganu is Designed by Widget Islamic