BUKIT PUTERI



Bukit Puteri kaya dengan catatan sejarah dan lagenda sehingga menjadi antara daya tarikan pelancong ke negeri ini. Bukit Puteri merupakan satu tempat yang penuh bersejarah kerana pernah menjadi kubu dan rebutan semasa Perang Saudara semasa zaman pergolakan Kesultanan Terengganu antara tahun 1931 hingga 1939. Antara peninggalan sejarah yang masih jelas dapat dilihat di Bukit Puteri ini antaranya singgahsana sementara, tempat simpanan bedil dan meriam, genta (loceng besar), meriam beranak, tiang bendera dan rumah api. "Malah pelancong juga dapat melihat sendiri kubu pertahanan yang dibina dengan menggunakan pasir, putih telur, kapur, kulit kerang dan madu lebah, masih lagi kukuh walaupun telah berusia hampir sedekad yang lalu.

Bukit Puteri, seluas 0.688hektar itu, terletak dalam kawasan bandar Kuala Terengganu dan berhampiran dengan muara sungai Terengganu dengan ketinggian lebih kurang 200 meter dari aras laut. Tidak sukar untuk anda ke lokasi ini, kerana ianya terletak berhampiran dengan bangunan bersejarah Istana Maziah dan Masjid Abidin selain berdekatan Pasar Payang. Pengunjung dapat melihat keindahan Bandaraya Kuala Terengganu dari atas bukit ini dan sememangnya menggamit pemandangan bagi yang pertama kali melihatnya.
 



Keindahan@Terengganu Copyright © 2009 Keindahan Terengganu is Designed by Widget Islamic