PANTAI KEMASIK



Pantai Kemasik merupakan antara pantai yang terindah di Daerah Kemaman.Terletak ..km dari Bandar Chukai. Pantai Kemasik merupakan sebuah pantai yang mempunyai lagun dan batuan-batuan pantai yang indah. Sebuah pantai yang mendatar dan sememangnya sesuai untuk aktiviti sukan air, riadah dan sebagainya.
Baca lagi

PANTAI BUKIT KELUANG



Pantai Bukit Keluang terletak di Daerah Besut, 140km dari Kuala Terengganu. Ia adalah berdekatan dengan Kuala Besut dan merupakan pantai yang indah kerana terdapatnya panorama Bukit Keluang sebagai lanskap utama di Pantai Bukit Keluang. Pantai Bukit Keluang merupakan satu destinasi yang ideal untuk aktiviti sukan air, renang, menyelam dan perkelahanis bagi seisi keluarga.

Jangan lupa ke Pantai Bukit keluang jika singgah di Daerah Besut!
Baca lagi

PULAU TENGGOL



Pulau Tenggol antara pulau yang tercantik yang terdapat di luar pesisir pantai Terengganu yang terletak di Daerah Dungun. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 45 minit jika bertolak dari jeti Kuala Dungun. Pulau Tenggol merupakan sebulah pulau yang hanya berkeluasan 3km panjang yang 2km lebar sahaja yang menawarkan keindahan terumbu karang di sekitarnya. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelancong-pelancong antaranya aktiviti menyelam, sukan air dan sebagainya.

Pulau Tenggol merupakan khazanah yang sangat berharga buat negeri Terengganu amnya dan Daerah Dungun khasnya.
Baca lagi

PANTAI KELULUT



Pantai Kelulut terletak antara Marang dan Rantau Abang. Merupakan pantai yang mendamaikan dan satu lokasi yang sangat menarik untuk bersantai kerana terletak ditepian jalan utama. Terdapat banyak pokok-pokok rhu dan gerai-gerai makan ditepi jalan yang menyediakan hidangan tradisi terengganu seperti keropok lekor, satar, air kelapa muda sehinggalah kepada makanan ala barat, masakan panas dan sebagainya.

Pantai kelulut sangat sesuai sebagai lokasi percutian keluarga dan jika anda ke Daerah Marang jangan lupa ke Pantai Kelulut.
Baca lagi

PULAU BIDONG



Pulau Bidong ialah sebuah pulau kecil di Terengganu, Malaysia. Ia terletak di luar pantai Terengganu di Laut China Selatan. Pernah digelar sebagai "Mini Saigon" kerana pernah menempat ribuan pelarian Vietnam.
Pada 1978, sebuah kem pelarian untuk pendatang tanpa izin Vietnam telah dibina di pulau ini oleh Kerajaan Malaysia dan UNHCR. Ketika ia ditutup pada 1991, kira-kira 250,000 pelarian berada di kem sebelun diterima kebanyakannya oleh Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Perancis. Selepas kem ditutup, banyak pelarian telah dihantar pulang ke Vietnam.

Pulau Bidong sangat sesuai bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih dekat kesan sejarah tentang pelarian Vietnam dan dapat melihat keindahan di sekitar pulaunya.
Baca lagi

BUKIT BESI



Bukit Besi ialah sebuah bandar kecil dalam daerah Dungun, Terengganu, Malaysia. Ia mendapat nama dari aktiviti perlombongan bijih besi di situ. Ia dikenali juga sebagai 'Bukit Batu Besi'. Koordinat Bukit Besi ialah 4°45'Utara, 103°10'Timur.Bukit Besi terletak dalam kawasan Ketengah (Kemajuan Terengganu Tengah). Ia juga terletak dalam jajaran Lebuh Raya Jerangau-Jabor.

Bukit Besi dahulunya merupakan tempat perlombongan bijih besi dalam daerah Dungun. Ia telah dilombong oleh syarikat dari Jepun sebelum 1939 lagi. Lombong ini telah ditutup berikutan bijih besi di sini telah habis dan kerja-kerja perlombongan dihentikan.
Baca lagi

HUTAN LIPUR LATA PAYONG



Terletak 25 km dari Pekan Seri Langkap melalui Jalanraya Pekan Seri Langkap-Lata Payung, 65 km dari Bandar Kuala Terengganu, sedia menerima kunjungan anda.

Hutan Lipur Lata Payung terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu, Daerah Besut yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit serta Hutan Konifer di Kemuncak Gunung Tebu. Pelbagai jenis spesies flora dan fauna yang jarang kita lihat sebelum ini terdapat disini. Bagi pengunjung yang inginkan aktiviti mencabar, satu denai hutan disediakan menuju ke puncak Gunung Tebu sesuai untuk memulakan pendakian dari sini.

Pengunjung boleh menjalankan aktiviti seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar dan melihat hidupan liar melalui denai hutan yang disediakan.

Untuk datang ke sini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Seri Langkap.
Baca lagi
 



Keindahan@Terengganu Copyright © 2009 Keindahan Terengganu is Designed by Widget Islamic