PULAU KAPAS
Terletak hanya 6 km dari tanah besar di Daerah Marang,Pulau Kapas menjanjikan suasana damai bagi mereka yang mencari ketenangan dari kesibukan tugas dan kehidupan seharian.Pulau Kapas merupakan salah sebuah pulau yang terkenal di Semenanjung Malaysia. Terletak kira-kira 6km dari Pantai Marang, pulau ini jauh dari kesibukan sesuai untuk percutian yang memerlukan ketenangan dan beristirehat.
Pulau Kapas yang dipenuhi dengan pasir putih dan air laut yang jernih adalah destinasi pelancongan yang menarik bagi mereka yang mencintai keindahan alam semulajadi.
Tidak ketinggalan bagi peminat hidupan laut, Pulau Kapas adalah tempat yang boleh diterokai dasar lautnya dengan melakukan aktiviti seperti scuba dan sebagainya. Pelbagai jenis batu karang lembut dan keras, ikan, penyu dan hidupan laut lain yang menarik menjadikannya destinasi wajib bagi penyelam skuba dan perenang
Meskipun terpencil, Pulau Kapas tetap menjadi tumpuan para pelancongan luar dan dalam negara. Terdapat kemudahan penginapan di Pulau Kapas, di mana resort mahupun chalet menawarkan kemudahan penginapan yang selesa kepada pengunjung yang bertamu di sini.